Lawatan Maya360 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Bestari
pautan ini khas di sini http://smk.bandarbarubangi.my







PERHATIAN


Ini adalah 'GAMBAR INTERAKTIF', sila klik di kawasan gambar dan gerakan tetikus ke arah kanan, kiri, atas atau bawah.
Jika anda pening... sila gunakan papan kekunci atau anak panah di gambar.
Paparan terbaik untuk panorama ini adalah dalam format skrin penuh.
SILA KLIK DISINI UNTUK PAPARAN PENUH

This is INTERACTIVE PICTURE, please click into picture area and move your mouse to all area of picture.
Avoid feel dizzy... use your keyboard or on board screen arrow inside picture area.
Best view in fullscreen format.
CLICK HERE FOR FULLBROWSER


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dibina di bawah rancangan Malaysia Ketiga dalam Rancangan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1979
dan pembinaannya siap dengan sempurna pada tahun 1982. Sekolah ini telah mula beroperasi pada 1 Disember 1982 dan 10 Disember 1982 merupakan tarikh penyerahan sekolah ini.
Pengambilan pelajar baru telah dimulakan pada 1 Januari 1983. Projek Pembinaan Sekolah ini menelan belanja sebanyak RM 1,032,250.00.
Kerja-kerja pembinaan telah dijalankan oleh sebuah Syarikat Pemborong Bumiputera, Syarikat Perniagaan ' Jaya Setia '. Pengurusnya ialah Encik Ibrahim bin Ahmad.

Pengetua pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi ialah Tuan Haji Zubir bin Haji Sahil, PJK.
Beliau bersama sepuluh orang guru yang lain merupakan pengasas sekolah ini. Beliau yang dilahirkan pada 9 Januari 1936, berasal dari Kampung Pulau Bukit, Negeri Sembilan,
memulakan kariernya sebagai guru bermula pada tahun 1952. Beliau juga merupakan seorang penuntut lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ), Bangi.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Convent, Kajang.

Sepuluh guru lain yang berpengalaman bersama Tuan Haji Zubir bin Haji Sahil mengasaskan sekolah ini ialah:-

Puan Khairiah binti Haji Arshad.
Puan Aminah binti Osman.
Ustazah Fatimah ( hingga Jun 1983 ).
Puan Sharifah Ruonah binti Sheikh Said.
Puan Shamsiah binti Salman.
Puan Endon binti Yusof.
Encik Zainal Abidin bin Darus.
Puan Furiah binti Haji Mohd. Zain.
Encik Selvam a/l Sendamil.
Puan Che Yah binti Che Daud.

Bilangan pelajar pada tahun 1983 ialah seramai 161 orang dengan menggunakan enam buah kelas sahaja.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Bestari merupakan sekolah yang pertama di Bandar Baru Bangi.

Detik bersejarah bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi adalah pada 15 Oktober 1990 sekolah ini telah
dirasmikan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia.
Turut hadir dalam upacara perasmian ialah Menteri Besar Selangor, Dato' Sri Mohammad bin Mohammad Taib.

Pada 31 Julai 1993 (ulangtahun ke 10), Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Bestari
dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd. Said bin Haji Mohd. Rani, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan.



Ruangan teks untuk disewa!

Hanya serendah RM360 setahun, atau RM30 sebulan! Anda boleh menyewa ruang ini tanpa sebarang bayaran tambahan!

Ruangan teks untuk disewa!

Hanya serendah RM360 setahun, atau RM30 sebulan! Anda boleh menyewa ruang ini tanpa sebarang bayaran tambahan!

Ruangan teks untuk disewa!

Hanya serendah RM360 setahun, atau RM30 sebulan! Anda boleh menyewa ruang ini tanpa sebarang bayaran tambahan!